Wednesday, September 29, 2010

cinta....

Aduhhhh payahnya mata ni nak tido..nak kata lapar, baru jam 11pm td aku melantak!
Makan nasi lagi tu, bukan alang2..
Nak tengok crita korea,crita yang aku nak tengok tu tak ada plak..heran la..mana tah pegi.. dah la aku tak tengok lagi crita tu..haishhhh
Nak update blog ni pun kena fikir dulu nak tulis apa..huhu
Sekarang ni, dah boleh tengok cinta kirana tiap2 hari walaupun keja petang or malam sebab ada ulangan
Masa raya hari tu banyak miss sebab tak ada ulangan,rugi la jugak..
Haaaaa..... sekarang ni tgh enjoy MY FM kat astro..semua lagu cina hehehe macam la aku paham apa dia nyanyi..tapi lagu dia banyak sentimental..boleh cure sikit aku punya kepala otak yang sakit nih hahaha 
Apa lagi nak cakap ek..hmh...balik kat cinta kirana tu kan..buat aku fikir ada ke orang macam kirana kat dunia ni?!!!
Kalau tanya aku, aku mesti jawab tak ada! Tak ada sorang pun manusia yang memiliki cinta seperti kirana.
Itu cuma rekaan semata-mata. Mana ada orang yang bodoh sanggup tunggu orang yang dah ada orang lain kan? Walau sedalam mana pun cinta manusia, manusia tak kan dapat mengubah sifat ego mereka!
Termasuk aku sendiri.. Pernah tak korang bercinta dan semasa bercinta tu, cakap kalau la nanti tak ada jodoh dengan orang yang kita cintai tu, kita tak sanggup berkahwin?..biar la sorang2 konon nya kan.. Mesti korang pernah alami kan?..
Aku cakap ni berdasarkan pengalaman..huhu... Dulu masa bercinta sebelum jumpa soul-mate ni, wahhhhh memang cinta sejati la konon..haha kalau tak ada jodoh,memang tak nak kawin sampai bila2 sebab dah sayang sangat dengan orang yang berkenaan sampai fikir macam tu. Tengok lepas tu, cepat jer dating bila putus cinta..mana pegi cinta sejati tu kan?..hahahahahha 
Memang sakit masa putus cinta..rasa nak balik jer kat orang tu tapi bila fikir pasal ego, maruah diri, memang sanggup sakit daripada bagitau orang tu yang kita masih sayang kat dia.. Tak tau la korang macam mana kan..
Kalau aku la kirana, aku ambik jer raka or baim..bukan senang nak cari orang yang sayang kita tau
Buat apa nak kan si galang yang dah ada farah?..kan sakit hati jer... Kalau dalam dunia ni, kata la kirana tu masih berada di sisi galang walaupun galang dah ada farah, mesti ada agenda di sebaliknya.. Mesti dia berharap galang akan ingat balik..Kalau tak, dia tak akan berada di sisi galang.. Bagi galang pula, mesti dia tak akan cinta kan kirana sebab dia dah lama bercinta dengan farah..walau pun satu hari nanti dia ingat pada kirana..for sure dia akan anggap kirana itu adalah masa lalu dia..
Sama dengan kehidupan manusia di dunia, tak ada cinta sejati.. once kita dah tak ada lagi dengan seseorang tu, automatic perasaan tu akan hilang kalau kita jumpa orang lain..walau pun mengambil masa yang lama..
Sebab tu la korang tengok ada orang yang lepas kematian suami atau isteri, akan dapat memulakan hidup baru dengan orang lain walaupun mengambil masa yang lama.. Dalam hati korang, mesti fikir dia tak setia dengan cinta kan, or tak ingat lagi dengan orang yang dah mati.. bukan macam tu.. Kenangan tu memang akan sentiasa di ingat.. tapi tak salah kalau dia nak mulakan kehidupan baru..dia kan manusia jugak..ada kehendak..ada keinginan.. Setiap manusia dilahirkan macam tu..itu adalah normal..
Mari kita tengok dari segi abnormal plak..
Bunuh diri dan gila..ramai yang mengalami nasib begini kan.. tau kenapa?..
Cinta adalah faktor utama..sebab tu lagi bagus kalau lepas putus cinta,kita date lagi.. walaupun susah nak terima kehadiran orang baru,itu lagi bagus dari merana sampai gila or bunuh diri..lambat laun, cinta akan bersemi..tak semua cinta at the first sight akan menjadi kenyataan..cinta bermula dari kawan pun boleh..tak perlu rasa sangat tertarik semasa pertama kali jumpa..bila dah lama dating, cinta tu pasti ada..
Saya berani cakap sebab saya pernah mengalami..percaya lah..
Ada orang yang tahu bagaimana nak overcome dia punya kekecewaan tapi banyak yang ikut kata hati..
For those yang ikut kata hati,itu yang kena jaga2..mesti ada teman di sisi supaya tak buat benda yang tak di ingini..banyak orang fobia bila pernah frust..sebab tu ada yang tak kawin, sanggup single sampai ke tua..tapi tak semua orang yang single tu pernah frust..kena tau jugak, kat dunia ni ada jenis orang yang memang tak nak kawin dan lebih senang sendiri..hmh..take note ya..
Wahhh panjang lebar aku punya ceramah..macam prof dah.. bolehla prof pangalila hahahhaa
Sampai sini jer la ek..malas nak kutap2 lagi..korang pun jangan la boring baca blog ni..hehe nite2

No comments:

Post a Comment